Fardhu Kifayah : Kewajipan Atas Semua Secara Khusus

1. Contoh perkara fardhu kifayah: Solat jenazah, Bangunkan khilafah, amar ma’ruf nahi mungkar, melantik pemimpin islam yang berwibawa, mendalami ilmu agama, jurutera, perubatan dan lain-lain.

2. Hukum: Semua berdosa sekiranya tidak terlaksana. Sekiranya ada yang melaksanakan atau terlaksana semua tidak berdosa.

3. Yang diminta atas umum, yang dimaksudkan denganya dalam bentuk khusus – Imam As-syafie-

4. Yang dipinta secara khusus siapa yang ada kemampuan pada dirinya atau kepakarannya. Setiap orang dipermudahkan untuk apa yang dia diciptakan untuknya.

5. Siapa yang tidak mengankat fardhu kifayah, kembali kepadanya mengangkatnya dengan mengangkat siapa yang melaksanakannya, kerana ia termasuk dalam persediaan asbab.

6. Sesungguhnya menganngkat fardhu kifayah adalah mengangkat maslahah ammah (umum). Mereka diminta memenuhi secara umum, maka sebahagian mereka mampu ke atasnya (fadhu tersebut) secara terus dan itu bagi mereka yang pakar dalamnya. Dan orang-orang lain sekiranya tidak mampu ke atasnya, mereka mampu untuk mengangkat orang-orang yang mampu. – Imam As-Syatibi –

7. Adalah menjadi kewajipan untuk mendidik setiap manusia apa yang disiapkan untuknya, sehingga menonjol setiap seorang pada apa yang mendominasi atasnya dan cendurung kepadanya – Imam As-Syatibi –

*****

Contoh: Kefarduan membangun khalifah

1. Wajib fardhu kifayah ke atas  semua umat Islam membangun khalifah. Pada hakikatnya, kita semua berdosa kerana khalifah tidak tertegak.

2. Maka menjadi kewajipan kepada sesiapa yang mampu untuk menjadi khalifah/pemimpin membangun khilafah. Dan menjadi kewajipan kepada siapa yang tidak mampu menjadi khalifah untuk membangun, menyediakan atau melantik siapa yang mampu.

3. Pada realitinya, tiada siapa yang mampu menjadi khalifah. Maka menjadi kewajipan kepada semua umat islam untuk menyediakan orang yang mampu menjadi khalifah dan membantu orang yang menyediakannya.

4. Segala wasilah dan tujuan untuk menyediakan orang yang mampu menjadi khalifah adalah wajib.

5. Maka pentarbiahan individu, masyarakat, negara, dan membangun segala kekuatan yang akan mendokong dan menyokong khalifah dan khilafah adalah wajib.

Ustaz Muhammad Ramadhan Aldin Bin Azlan Khalili
Kuliah Syariah Islamiah Tahun 4, 2014/2015
Universiti Al-Azhar, Kaherah

Be the first to comment

Leave a Reply