Adakah Semua Hadis Sahih Itu Mazhab Syafie?

Pada beberapa ketika, kita mendengar sesorang menaqalkan kata-kata imam syafie yang berlegar di kalangan masyarakat yang berbunyi;

“إذا صح الحديث فهو مذهبي”

 “Bila sahihnya sebuah hadis maka ia adalah mazhabku”

lalu mereka menggunakan kata-kata ini untuk melihat bahawa hadis sohih itu boleh diamalkan dan selainnnya boleh ditinggalkan.

Maka siri artikel yang ringkas ini akan cuba membincangkan seputar isu ini. Artikel ini adalah terjemahan kepada sebuah kajian seorang sahabat saya di dalam isu ini. Semoga Allah merahmati beliau. Saya melihat keperluan untuk kita bersama mengambil manfaat dari kajian ini maka saya menterjemahkannya dengan harapan ia memberi manfaat kepada pembaca.

Artikel ini akan membincangkan apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan kata-kata ini dan menerangkan bahawa ruang istinbat hukum itu lebih luas daripada apa yang disangka oleh sebahagian manusia iaitu bila mereka menjumpai hadis sahih, mereka terus beramal dengannya, beristinbat dengannya dan meninggalkan hadis yang lain.

Saya melihat cara pemikiran mudah ini tidak sihat kerana ia telah menyempitkan sebahagian besar dari bab-bab Usul Fiqh dan dalam masa yang sama ia telah bercanggah dengan perintah Allah ;

 فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“maka bertanyalah kamu kepada orang yang tahu jika kamu tidak mengetahui”

(Al-Anbiya’ : 7)

 Siapa yang tidak mahir dalam suatu perkara maka hendaklah dia bertanya kepada yang lebih mengetahui tentang perakara tersebut.

Adakah Semua Orang Boleh Melaksanakan Saranan Imam Syafie?

Kata-kata imam syafie tersebut bukanlah bermaksud bahawa setiap orang bila berjumpa dengan haids yang sahih boleh terus mendakwa ia adalah sebahagian dari mazhab imam syafie dan beramal dengan zohir hadis tersebut. Bahkan ada padanya syarat-syarat yang perlu dituruti sebelum beramal dengan hadis tersebut. Imam nawawi telah meletakkan syarat-syarat yang melayakkan seseorang melaksanakan perkara tersebut di dalam muqaddimah “Majmu’ Syarh al-Muhazzab” ;

” وانما هذا فيمن له رتبة الاجتهاد في المذهب على ما تقدم من صفته أو قريب منه:

وشرطه: 1( أن يغلب على ظنه أن الشافعي رمحه اهلل مل يقف على هذا احلديث أو

2( لم يعلم صحته: وهذا انما يكون بعد مطالعة كتب الشافعي كلها ونحوها من كتب

أصحابه الأخذين عنه وما أشبهها وهذا شرط صعب”اهـ.

 “Sesungguhnya kata-kata imam syafie ini adalah bagi yang telah mencapai martabat ijtihad di dalam mazhab atau dekat kepadanya. Syaratnya;

  1. Dia yakin bahawa Imam Syafie tidak pernah berjumpa dengan hadis tersebut
  2. Dia yakin bahawa Imam Syafie tidak mengetahui kesahihan hadis tersebut.

Dua perkara ini akan tercapai selepas dia mengkaji kitab-kitab karangan Imam Syafie keseluruhannya dan juga kitab-kitab pengikutnya yang mengambil darinya atau yang serupa dengannya dan ini adalah syarat yang sukar.”

Ternyata syarat ini sangat sukar dan hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu melakukannya, saya akan mendatangkan dengan contoh berdasarkan syarat pertama yang telah diletakkan oleh Imam Nawawi (Dia yakin bahawa Imam Syafie tidak pernah berjumpa dengan hadis tersebut)

Imam syafie bukanlah sengaja meninggalkan hadis tersebut sesuka hatinya tetapi beliau meninggalkannya bersebab, antaranya adalah adanya dalil yang lebih kuat atau ia telah dinasakhkan atau ditakwilkan. Dalam beberapa perkar beliau tidak beramal dengan zahir hadis walaupun ia adalah sohih dari Rasulullah SAW.

Imam Nawawi menyebut di dalam Muqaddimah al-Majmu’ ;

“لأن الشافعي رحمه الله ترك العمل بظاهر أحاديث كثيرة رآها وعلمها لكن قام الدليل عنده

على طعن فيها أو نسخها أو ختصيصها أو تأويلها”

“Imam Syafie tidak beramal dengan banyak zahir hadis yang telah dijumpainya tetapi ada disisinya dalil lain yang bercanggah dengannya atau memansukhkannya ataupun mentakwilnya.”

Imam Abu Amru bin Solah berpandangan tentang kata-kata Imam Syafie’ ini ;

” ليس العمل بظاهر ما قاله الشافعي بالهين  فليس كل فقيه يسوغ له أن يستقل بالعمل بما

يراه حجة من احلديث وفيمن سلك هذا المسلك من الشافعيين من عمل بحديث تركه

الشافعي رحمه الله عمدا مع علمه بصحته لمانع اطلع عليه وخفى على غيره”

“Imam Syafie tidak menuntut kita beramal dengan zahir hadis secara mudah dan bukan semua faqih dibolehkan untuk beramal dengan apa yang dilihatnya sebagai hujah dari hadis. bagi sesiapa yang berbuat demikian dari kalangan pengikut Imam Syafie iaitu dengan beramal dengan hadis yang ditinggalkan Imam Syafie secara sengaja sedangkan beliau tahu bahawa ia dalah sahih kerana ada yang menghalangnya dari istidlal dengan hadis tersebut yang tidak diketahui orang lain.

 Dia juga menyebut ;

“فمن وجد من الشافعية حديثا يخالف مذهبه نظر، ان كملت آلات الاجتهاد فيه مطلقا:

أو في ذلك الباب أو المسألة كان له الاستقلال بالعمل به وان لم يكن وشق عليه مخالفة

الحديث بعد أن بحث فلم يجد لمخالفته عنه جوابا شافيا فله العمل به ان كان عمل به امام

مستقل غير الشافعي ويكون هذا عذرا له في ترك مذهب” اهــ.

“Siapa yang menyebut, siapa yang melihat ada di kalangan para pengikut Imam Syafie beramal dengan hadis yang bercanggah dengan mazhabnya, hendaklah dia melihat, adakah sudah lengkap padanya syarat-syarat mujtahid mutlaq atau menguasai bab tersebut atau persoalan tersebut, jika sudah cukup suarat, maka dia boleh beramal dengannya. tetapi jika belum mencapai darjat tersebut dan sukar untuknya bercanggah dengan hadis yang dijumpainya walapun setelah mencari dan dia tidak menemui jawapan yang memuaskannya, maka dia boleh beramal dengan hadis yang dijumpainya jika ada imam lain selain Imam Syafie beramal dengannya dan dia diberikan uzur untuk untuk meninggalkan mazhab Syafie (dalam perkara ini).”

Manakala siapa yang bukan ahli untuk berijtihad maka pilihan baginya hanyalah mengikuti (apa yang telah diambil oleh Imam Syafie). Imam Taqiyuddin As-Subky di dalam kitabnya “Ma’na Qaul Imam al-matlabi iza sahhal Hadis fahuwa mazhabi)

“أما العامي فال كلام معه إلا أن يقال له : هذا حكم الله ، وهذا مذهب فالان”

“Manakala untuk orang awam, tiadak ada kata-kata yang sesuai dikatan kepada mereka kecuali ; ini adalah hukum Allah, dan ini adalah mazhab fulan”

Di sini jelaslah makna yang dikehendaki oleh Imam Syafie bahawa kata-katanya dikhususkan kepada mereka yang mempunyai kelayakan untuk berijtihad.

Contoh Imam Syafie Tidak Beramal dengan Zahir Hadis dan Beralih Ke Yang lain

Telah diriwayatkan di dalam musnadnya tentang had tayammum untuk kedua belah tangan.

Hadis pertama ;

حديث عمار بن ياسر قال :”كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر

فنزلت آية التيمم فتيمّمنا مع النبي صلى الله عليه وسلم إلى المناكب.”

Hadis dari Ammar bin Yassir, beliau berkata ; Kami bersama nabi di dalam sebuah perjalanan dan telah turun ayat berkaitan tayammum dan kami pun bertayammum bersama Nabi sehingga ke bahu.”

Di riwayatkan juga di dalam musnadnya ;

قال عن ابن الصمة : “مررت بالنبي صلى الله عليه وسلم وهو يبول فتمسح بجدار ثم يمم وجهه وذراعيه”

 Dari Ibnu Summah beliau berkata ; “Aku berjalan melalui nabi dalam keadaan baginda membuang air kecil, baginda kemudian menyapu dinding kemudianbertayammum dengan menyapu mukanya dan kedua lengannya.”

Daripada dua hadis tersebut, kita dapat melihat percanggahan antara dua hadis tersebut, dan umum mengetahui bahawa had tayamum bagi tangan dalam mazhab syafie adalah sehingga lengan dan bukanlah sehingga bahu. Kedua hadis ini tidak mempunyai sebarang permasalahan dan keduanya telah dirawayatkan Imam Syafie di dalam musnadnya. Ini menunjukkan bahawa beliau telah berjumpa dengan kedua hadis tersebut. Mengapakah Imam Syafie berpegang kepada hadis yang kedua dan bukan hadis yang pertama?

Di dalam isu ini, jawapannya adalah apa yang telah disebut oleh Imam Ar-Rafie’i di dalam syarahnya kepada musnad Imam Syafie ;

” وقصد الشافعي بإيراد الحديثين أن حديث عمار يشعر بأن اليدين في التيمم تمسحان إلى

المناكب ولآباط، وليس في حديث ابن الصمة إلا ذكر الذراعين فقال: ليس في حديث

عمار أنهم تيمموا كذلك بأمر النيب صلى الله عليه وسلم ولعلهم لما سمعوا ذكر الأيدي في

الآية مطلقا أخذوا بالاحتياط، فإن اسم اليد يقع على ما بين مناط المنكب إلى أطراف

الأصابع فاستوعبوها بالمسح محتاطين”

” Imam Syafie mendatangkan kedua hadis tersebut kerana hdis Ammar bin Yaser merasakan bahawa dua tangan yang dimaksudkan di dalam ayat taymmum adalah sehingga bahu dan ketiak, dan di dalam hadis ibnu summah hanya menyebut sehingga ke siku. dan dia (Imam ar-Rafi’ie) menyebut, tidak ada di dalam hadis Ammar bin Yasser yang menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah di atas arahan nabi, boleh jadi para sahabat ketika mendengar ayat tersebut menyebut tangan secara mutlaq, mereka mengambilnya secara berhati-hati, kerana tangan itu bermula dari bahu sehingga kejari maka mereka menyapu keseluruhannya sebagai langkah berhati-hati.”

Dan contoh-contoh seperti ini banyak lagi di dalam kitab fiqh, sesiapa yang hendak melihatnya bolehlah merujuk kepada kitab-kitab tersebut.

Secara keseluruhannya, kita boleh melihat bahawa tidaklah semudah itu untuk seseorang mengeluarkan hukum hanya berdasarkan sepotong hadis yang dijumpainya sahih melainkan setelah menepati syarat-syarat yang diletakkan oleh Imam Nawawi dan Ibnu Solah.

Di dalam siri ke-2 kita akan berbincang cara pendekatan ulama’ terhadap dua dalil yang dilihat bercanggah maksudnya dan bagaimana mereka menyelesaikan permasalahan tersebut.

 Wallahu a’lam

 

Rujukan

1. البيان الوافي في معنى إذا صح الحديث فهو مذهبي لأستاذ عبد الحافظ عبد اللطيف

2. شرح المسند الشافعي لإلمام الرافعي

3. المجموع لإلمام النووي

4. أثر الحديث الشريف في اختالف األئمة الفقهاء لـ: محمد عوامة

5. معنى قول اإلمام المطلبي إذا صح الحديث فهو مذهبي لإلمام تقي الدين السبكي

6. بداية المجتهد ونهاية المقتصد البن رشد

7. قفو األثر لعلم األثر البن الحنبلي

8.الغيث الهامع شرح جمع الجوامع ألبي زرعة أحمد العراقي

 

 

Ustaz Hikmat Bin M. Esa
Ahli Lajnah Usul Fiqh, Qawaid dan Maqasid
Kuliah Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*