LGBT : Perbuatan Terkutuk, Dimurka Allah !

Sejak akhir-akhir ini golongan femenis semakin lantang bersuara mempromosikan agenda yang dibawa. Saya rasa pihak SIS semakin celaru dalam membawa hujah dan sandaran dari Al-Quran. Sangat ironis kerana mereka menyatakan LGBT adalah sesuatu yang diterima oleh Islam.

Sudah-sudah lah, terang lagi bersuluh dalil-dalil yang diturunkan di dalam Al-Quran. Bukti yang ditunjukkan, jelas membezakan hukum dan batasan halal dan haram dalam kehidupan. Sama ada mereka ini benar-benar jahil tentang Islam yang sebenar atau mereka sengaja mencampur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan dengan tujuan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Hakikatnya, agenda dan matlamat yang dibawa, menggambarkan kebobrokan dan kekeliruan pemikiran mereka sendiri!

 

Allah murka perbuatan Kaum Nabi Lut

Kisah Kaum Nabi Luth cukup menjadi bukti yang jelas betapa Allah murka dengan perbuatan terkutuk ini. Kisah ini telah dirakamkan beberapa kali di dalam surah-surah dalam Al-Quran agar kita mengambil pelajaran dan iktibar daripadanya. Kesombongan dan kedegilan kaum Nabi Luth untuk terus ingkar dan bergelumang dalam maksiat, berakhir dengan bala Allah Taala ditimpakan ke atas mereka.

 

  1. Surah Al-Hijr (ayat 59-77)

 

“Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memahami dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negara kaum Lut yang telah dibinasakan itu , terletak di jalan yang tetap (dilalui orang). Sesungguhnya keadaan yang demikian , mengandungi satu tanda yang memberi kesedaran kepada orang-orang yang beriman.”

 

Di dalam Tafsir Ibnu Kathir diceritakan : Nabi Luth AS mengarahkan kaumnya kembali kepada isteri-isteri mereka untuk melempiaskan keinginan seksual mereka dengan cara yang dibenarkan. Namun mereka lalai dan mendustakan azab yang akan menimpa mereka pada esok paginya.

 

  1. Surah Asy-Syu’araa (ayat 160-174)

 

Apabila Nabi Luth menyeru dan memberi peringatan kepada kaumnya supaya meninggalkan perbuatan keji yang mereka lakukan,

 

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia?” (165)

“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan!)” (166)

 

Kaumnya membalas dengan ugutan untuk mengusir dan memulaukan Nabi Luth AS, sehingga tiba janji Allah ke atas mereka,

 

“Kemudian Kami menghancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut)” (172)

“Dan Kami hujani mereka dengan hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.” (173)

“Sesungguhnya pristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman” (174)

 

  1. Surah Al-A’raf (ayat 80-84)

 

“Dan Kami telah mengutus Nabi Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini)” (80)

“Sungguh, kamu telah melampiaskan syahwatmu kepada sesame lelaki bukan kepada perempuan. Kamu benar-benar kaum yang melampaui batas” (81)

 

Ibnu Katsir ada menghuraikan dalam kitab tafsirnya mengenai ayat 80 & 81 :

 

‘Amr Bin Dinar mengatakan “Tidak ada seorang laki-laki berhubungan badan dengan laki-laki, sehingga terjadi apa yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth”

 

Al-Walid Bin Abdul Malik, seorang Khalifah Bani Umayyah, pembangun Masjid Jami’ Damaskus mengatakan : “Seandainya Allah SWT tidak mnceritakan kisah kaum Nabi Luth kepada kita, nescaya aku tidak akan membayangkan adanya laki-laki yang bersetubuh dengan laki-laki”

 

Justeru Nabi Luth AS berkata dalam ayat 81 yang bermaksud, kalian berpaling dari wanita dan apa yang telah diciptakan Rabb kalian untuk kalian pada wanita tersebut dan justeru cenderung pada sesama laki-laki. Yang demikian itu benar-benar perbuatan melampaui batas dan bodoh, kerana telah menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya.

 

Selain surah-surah yang disebutkan diatas, ada beberapa surah seperti Surah Al-Qamar, Surah Al -Ankabut dan beberapa surah-surah lain lagi yang menceritakan kisah kaum Nabi Lut dan azab yang menimpa mereka secara umum :

 

  1. Surah Al-Qamar ;

 

“ Demikian juga kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam. “

 

  1. Surah Al-Ankabut ; rujuk ayat 32-35

 

“ Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk Bandar ini azab dari langit, disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)

 

Justeru, apakah masih belum cukup bukti betapa Allah murka dengan perbuatan keji ini?

 

Atau, adakah SIS sendiri mengalami krisis identiti?

 

Islam Melarang Perbuatan Liwath

 

Ustaz Fathi Yakan dalam tajuk bukunya berjudul “Pandangan Islam terhadap Masalah Jantina” (Al-Islam Wal Jins) mendefinisikan liwath sebagai hubungan jantina Antara lelaki dan lelaki sama ada secara merencap atau melalui dubur ataupun dengan menggunakan mulut.

Asal nama liwath ialah merujuk kepada perbuatan kaum Nabi Luth, di mana perbuatan ini adalah satu perbuatan yang menyalahi norma dan fitrah semula jadi manusia yang telah ditetapkan. Ia adalah penyelewangan yang luar biasa dan dahsyat dari segi undang-undang alam dan hukumnya. Rasulullah ada mengingatkan umatnya supaya menjauhi perbuatan ini sejauh-jauhnya dalam sabda baginda :

 

“Antara perkara yang aku bimbang ialah perbuatan seperti perbuatan kaum Luth.” Baginda telah mengutuk sesiapa yang membuat seperti itu sampai tiga kali, sabdanya : “Allah mengutuk sesiapa yang melakukan perbuatan seperti perbuatan kaum Lut, allah mengutuk sesiapa yang melakukan perbuatan seperti perbuatan kaum Lut, Allah mengutuk sesiapa yang melakukan perbuatan seperti perbuatan kaum Lut.”

 

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi)

 

Baginda bersabda lagi ;

 

“Empat orang yang paginya di dalam kemurkaan Allah dan orang yang petangnya dalam kemurkaan Allah, sabdanya ; Orang laki-laki yang meniru kaum wanita dan orang perempuan yang meniru kaum lelaki, orang yang mendatangi haiwan dan orang yang mendatangi lelaki (kaum sejenisnya)”

 

(Riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi)

 

Liwath adalah zina

 

Para ulama’ sependapat menganggap liwath itu sebagai zina walaupun secara relatif mereka berbeza dalam menentukan hukuman keseksaannya.

Mazhab Maliki berpendapat bahawa hukuman liwath ialah rejam sahaja sama ada kepada yang membuat atau yang dibuat, berkahwin atau tidak.

 

Di dalam Mazhab Syafi’e dan Ahmad pula ada tiga pendapat :

 

  1. Hukuman liwath sama seperti hukuman zina, maka pelaku dan penerima hendaklah dikenakan dengan hukuman itu. Sesiapa yang berkahwin direjam sampai mati dan yang belum berkahwin dirotan (dipukul ) dan dibuang daerah.

 

  1. Pelaku hendaklah direjam dan penerima tidak direjam, ia dikenakan rotan dan dibuang daerah tanpa memandang kepada status perkahwinan keduanya.

 

  1. Pelaku dan penerima hendaklah dibunuh tanpa memandang kepada status perkahwinan keduanya.

 

Sabda baginda SAW :

“Apabila seseorang lelaki mendatangi seseorang lelaki lain, dan apabila seseorang wanita mendatangi wanita lain, maka kedua-duanya adalah penzina”

 

(Riwayat Baihaqi)

 

Islam agama fitrah

 

Islam adalah satu-satunya agama yang mengiktiraf fitrah dan keinginan manusia. Sebagaimana firman Allah SWT :

“Dan dijadikan terasa indah pada pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan , berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpukan dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang baik”

 

(Surah Ali-Imran : 14)

 

Islam telah menetapkan garis panduan dan cara-cara untuk menyalurkan fitrah manusia tanpa melampaui batas yang telah ditetapkan dalam Islam. Namun pada hari ini, manusia lebih cenderung menjadikan keinginan nafsu sebagai kayu ukur kebebasan melampaui batasan syariat.

 

“..Adapun orang-orang yang mempunyai kesesatan dalam hati mereka dan menurut sesuatu yang mengelirukan dengan tujuan menimbulkan fitnah dan dengan tujuan menyelewengkan penafsirannya”

(Surah Ali-Imran : 7)

 

*Mohon ‘ulama-ulama’ SIS kemukan dalil dari ayat Al-Quran dan Hadith beserta kisah sejarah sepanjang zaman khilafah Islamiyah berbentuk statistik dan bilangan yang menjadi bukti Islam membenarkan perbuatan homoseksual (gay dan lesbian) ini, sekiranya benar-benar ada.

 

RUJUKAN :

 

  1. Tafsir Ibnu Katsir
  2. ‘Al-Islam wal Jins’ Pandangan Islam Terhadap Masalah Jantina – Fathi Yakan
  3. ‘Syubahat Haulal Islam’ Salah Faham Terhadap Islam – Muhd Qutb

 

Nurul Izzati Bt Azmi

Perubatan  tahun 6

Ketua Syukbah (akhawat) Madinat Nasr

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*