Pengenalan MUIS-Mesir

MUIS adalah singkatan kepada Majlis Ulama ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia). Ia ditubuhkan seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi. Menyedari hakikat bahawa usaha yang besar ini akan berhadapan dengan berbagai-bagai isu, maka MUIS berperanan untuk memberi pandangan dan idea bagi memastikan setiap pergerakan ISMA menepati petunjuk Ilahi lebih-lebih lagi pada zaman yang cukup mencabar ini.

Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) Mesir pula adalah rangkaian MUIS yang berpusat di Malaysia dan bernaung di bawah ISMA Mesir sebagai pelapis MUIS di Malaysia. MUIS Mesir adalah sebuah unit yang berperanan dalam menyampaikan kefahaman yang berkaitan dengan ulum syarak kepada masyarakat mahasiswa di Mesir. Di samping itu, MUIS Mesir begitu menitik beratkan usaha-usaha untuk melahirkan tokoh-tokoh ulama yang bakal menjadi rujukan kepada masyarakat di Malaysia kelak dengan mengadakan kelas-kelas pengajian, projek penulisan dan kajian ilmiah.

MUIS Mesir meletakkan harapan yang besar kepada golongan ulama dalam menjadi pemandu kepada kerja-kerja untuk meletakkan Islam di tempat yang tertinggi sesuai dengan kedudukan ulama itu sendiri sebagai pewaris risalah Nabi s.a.w.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*