Mengembalikan Manhaj Ilahi.

PELAJARAN DARI NABI NUH a.s

Kita sebagai umat islam harus meyakini dengan sebenar-benar keimanan tentang pengutusan rasul di setiap zaman.

“Sesungguhnya telah kami utuskan pada setiap ummat itu rasul-rasul…”

(al-Nahl:36)

Perjalanan dakwah nabi nuh yang selama seribu kurang setahun itu seharusnya memberi erti yang sangat besar buat umat islam khususnya. Kita mengikuti rentetan kisah dakwah nabi nuh yang sungguh panjang baik dari segi menyentuh hati kaumnya, ataupun ketika baginda juga mengalami saat yang teramat sukar ketika berhadapan dengan ahli keluarganya yang turut ingkar dalam menuruti perintah Allah. Di tuduh dusta, gila, sesat, dikeji dan dicela bahkan diancam bunuh, tidak sesekali menggentarkan hati nabi nuh untuk meneruskan projek ‘amatur’ baginda.

 

ISLAM DAN AGAMA NUH

Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sedikit sebanyak terkesan dari ketulusan nabi Nuh dalam membawa dakwahnya. Keselarian dua ajaran ini adalah hasil dari sumber yang satu, iaitu tujuan tidak lain dan tidak bukan adalah mengembalikan semua keagungan dan membawa semua makhluk tunduk kpd ALLAH. Islam yang sudah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad hampir 1400 tahun lebih ini akan menjadi saksi dalam bukti perjalanan baginda, sahabat serta sekalian orang mukmin yang benar-benar telah melaksanakan syahadah Imaniah.

 

REPUTASI UMAT KINI

Umat kini telah jatuh merudum ke belakang setelah dilakukan pelbagai pembantaian oleh musuh bukan sahaja dari sudut ketenteraan, kekuasaan, kekayaan bahkan nilai-nilai dan akhlak islam juga telah berjaya dicabut dan dikebelakangkan oleh umat islam dengan bantuan tangan dan boneka musuh-musuh islam. Virus kejatuhan akhlak yang mendadak ini bukan sahaja menandakan gagalnya sistem-sistem manusia, bahkan menunjukkan rakusnya manusia mencatur dunia dan berlagak mendabik dada seperti tuhan. Unsur 4S (Song, Sex, Sport, Stail) yang ditaja oleh barat semakin diagung-agungkan oleh ummat islam yang kini tambah parah apabila nasib umat yang ditindas, tidak dipedulikan dan semakin malap utk dihidupkan. Kepimpinan bertopengkan Islam juga dicatur oleh kuasadua besar dunia. Remaja kini menjadi taktik termudah utk merosakkan binaan Islam pada masa hadapan. Terbaru kisah ‘Charlie Hebdo’ dan tindakan melampau seorang peguam yang melabel Islam sebagai ajaran ekstremis di Malaysia.

 

SINAR ITU MASIH ADA

“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka” (Al-Baqarah:119)

Allah telah mencabut satu nikmat dengan mematikan nabi, para sahabat dan para aulia yang bersama mereka. Kini, Allah menguji kita dengan mematikan alim ulama sedikit demi sedikit. Benarlah Islam itu tersebar dalam keadaan dagang dan asing, maka ia akan kembali asing. Namun masih ada sinar disebalik dunia yang makin tua dek kegelapan jahiliyyah dengan adanya para daie yang benar-benar tulus dan ikhlas dalam mengembalikan hakimiah Allah di muka bumi ini dan mengangkat syariah dan manhaj rabbaniyyah.

 

USAHA DAN PERANAN KITA

Buat mereka yang sedang menekuni ilmu-ilmu syarak, tekunilah dengan baik kerana anda merupakan duta umat ini, yakinilah di tangan kita bersama bantuan Allah, kita akan berhasil mengubah jiwa umat yang sudah semakin karat. Tuntunilah para alim ulama dan letakkan peranan kita di dalam prioriti umat kini. Cuba dan berusaha utk mengembalikan manhaj ilahi ke dalam jiwa muda mudi islam dan sekaligus berjaya menyentuh hati mereka yang masih belum sampai sinar cahaya Islam. Buat ibu bapa, laksanakan peranan anda dengan santapan ruhi dan kasih sayang dalam mendidik anak-anak anda. Buat guru-guru nyalakanlah lilin kembali buat menjadi penerang hidup anak-anak watan, tegaslah dan didiklah anak-anak muridmu menjadi ‘manusia’. Buat masyarakat yang prihatin, bersama-sama menghidupkan kawasan rumah anda dengan taman-taman iman.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply